CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, May 12, 2012

Secoret rasa~

Alhamdulillah...genap sudah usiaku 21 tahun di bumi Allah ini tanggal 11 Mei 2012...ku rasa seperti baru semalam aq bagaikan anak kecil yang menangis dalam dakapan ibu terchenta..kenangan lama sentiasa bermain di kotak fikiran..=) entah mengapa hati tergerak untuk kembali menulis mungkin kerana jari yang sudah lama gatal tidak mencoret apa-apa..
    sudah hampir setahun kutinggalkan dunia blogging ini.kini kembali untuk memeriahkan dunia maya inidengan luahan secoret rasa agar dapat dikongsi bersama. Terlalu banyak perkara yang ku lalui sepanjang hidup ini, yang pasti mematangkan diri. Terima kasih buat sahabat-sahabat yang tidak putus-putus menghulur ucapan selamat hari lahir di usia yang semakin meningkat ini. Terima Kasih Allah kerana memberi peluang untuk hambaMU menghirup udara yang masih lagi tersisa buat diri yang sering leka dengan nikmat dunia ini. Terima kasih buat umi yang bersusah payah mengandungkan anak sulungmu ini selama 9 bulan dan rela mempertaruhkan nyawa demi diriku yang menjadi amanat buat umi dan abah. :') Sungguh diri ini memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga pada pencipta yang Maha Agung kerana menyempurnakn hidupku dengan menganugerahkan 2 insan yang cukup ku sayangi ini.
       Beberapa hari yang lalu, ku sambut panggilan jauh dari umi dan abah di kampung. Hatiku mulai berbunga tatkala mendengar suara lembut umi disamping abah. Aku tahu abah disisi umi tatkala itu. Aku menceritakan tentang pertandingan sajak yang membawaku ke pentas final nanti. Kemudian, umi mengalihkan topik mengenai 'Nikah Khitbah'. Saat ini aku benar-benar berdebar dan sudah pasti MALU!!! Sungguh aku tidak pernah membincangkan perkara ini secara serius..Memang aku teringin untuk ke arah itu, namun setelah difikirkan mungkin aku belum bersedia. Umi mengatakan ada yang bertanya mengenaiku...Aduh! aku takut! umi menyatakan sudah lama dia berdoa supaya aku dikurniakan jodoh yang mampu membimbing diriku di dunia dan akhirat. Persoalannya, adakah insan itu dapat menerima segala kekurangan yang ada pada diriku? Aku tak cantik, tak baik macam orang lain dan yang pasti aku jenis yang panas baran. umi menyarankan aku untuk melakukan solat sunat Istikharah. Keputusan terpulang di tanganku, itulah perkara yang paling ku takuti dalam hidup. Bilamana pilihan sendiri tidak direstui umi dan abah, tidak mungkin akan membawa keberkatan dalam rumah tangga. Pilihan umi dan abah yang langsung tidak ku kenal siapa. Sungguh aku buntu kala ini Ya Allah. Dari dulu hingga kini aku akui, segala keputusan yang dibuat aku akan bertanya pada umi. Apatah lagi soal kebahagiaan dalam hidup, kali ini membuatku tersepit dan keliru. Namun aku redha dan percaya pada ketentuan Allah,
           Mungkin aku anak yang tidak mendengar kata, namun aku juga anak yang tidak bisa hidup tanpa umi dan abah. Kerana aku tahu telah banyak yang mereka korbankan untuk kebahagiaan diri ini. Segalanya masih lagi kabur, aku mengharapkan Allah menunjukkan jalan yang terbaik buat diriku ini. Kurniakanlah aku jodoh yang baik untukku, keluargaku dan agamaku. Amin. Kata orang bercinta selepas kahwin lebih manis, namun jujur aku katakan aku takut . Tidak pernah terlintas perkara ini akan berlaku padaku. 21 tahun masih terlalu muda , kerna aku sangat tidak matang masih banyak yang perlu kupelajari. Buat wanita kuntuman syuhada', jadilah bunga yang cantik dipandang namun sukar untuk dipetik. Jadikan dirimu eksklusif buat sang suami.Buat bakal imamku, daku sedang mempersiapkan diri untuk menjadi isteri yang solehah.. Insya-Allah..=))


 "boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak tahu." Surah. Al Baqarah:216.





No comments:

Post a Comment

~_~

Followers