Kelam malam membawa bersama hati yang rapuh.Hembusan angin yang bertiup membuatku terleka dengan fatam0rgana dunia. Ah!Dunia hanyalah racun yang membunuhku. Aku tersentak oleh tamparan bayu di pipi.."Bukan dunia yang meracunimu sayang. Syaitan dan nafsu telah menghanyutkanmu di lembah ini"... Ternyata mutiara jernih ini mengalir deras tanpa mampu disekat lagi.Aku mengangguk lemah, akur dengan suara hati."Jangan menangis lagi sayang." Mana mungkin aku tidak mengalirkan air mata ini.Aku menyesali segala perbuatan laluku. Aku malu pada Khaliqku. Aku k0tor, aku hina!!!!!
"Sayang, tiada manusia yang sempurna di dunia ni." Aku dipeluk erat, saat ini aku benar-benar memerlukan bahu tempat untuk kuhamburkan segala duka yang kusimpan ini. Aku rasakan sunyi dan sepi, hanya aku sendirian di bumi ini. Tiada siapa yang memahami gelojak hati yang meronta pinta dibantu. "Sayang kena kuat! Sayang nak tahu tak, Allah paling sayang hambaNya yang bersabar atas setiap ujian yang ditimpakan padanya." Suara lembut itu berbisik di cuping telingaku. Ya! Ujian mengejar kenikmatan dunia hingga aku lupa pada kemanisan yang menanti di akhirat! Aku lupa pada janji-janji yang pernah dilafazkan 0leh r0hku di Luh Mahfuz suatu ketika dahulu.
Mengapa terlalu sukar jalan menuju kebenaran ini? Kerapkali aku tersungkur di jalan yang penuh berduri. Menangis kerna sakit yang kadangkala membuat kaki ku luka tercalar. Namun, aku masih meneruskan perjalanan ke destinasi yang kadangkala kabur dari pandangan mata zahir. Hanya batin yang ikhlas mampu melihat destinasi abadi yang menjadi tujuan hakiki. " Sayang dengar dengan teliti, Ujian dan dugaan yang Allah berikan ini untuk menguji keimanan hambaNya. Allah ingin menilai adakah hambaNya ini menunaikan janji setia yang dilafazkan dulu untuk memperhambakan diri hanya padaNya. Sesungguhnya, Allah akan menolong hamba yang meminta pertolongan dariNya. Kerana Dialah kekasih terulung yang tidak pernah meninggalkan kekasihNya disaat kita memerlukanNya." Subhanallah! Betapa hebatnya kasih sayang Allah padaku. Sudah banyak kali Allah mengetuk pintu hati ini agar kembali mencintaiNya, namun aku sering lalai dengan tipu daya dunia. Masih belum terlambatkah untuk aku kembali meraih cintaNya???
"Sayang, Dia senantiasa menanti hamba-hambaNya kembali di jalan yang lurus. Bertaubatlah, berusahalah menjadi hamba yang taat pada perintahNya. Peluang tidak akan datang bergolek lagi. Allah Maha Penyayang lagi Maha Pemurah, sujudlah mengemis cinta Yang Satu. Dari situ sayang akan temui cinta yang sejati." Allah......Aku merayu padamu menyerahkan seluruh jiwa dan raga mengharapkan maghfirah dariMu. Ampunkanlah aku yang bersalut dosa ini. Allah menjanjikan pertolongannya selagimana hambaNya berjihad di jalan Islam yang diredhai. sabar kunci utama dalam meraih kemanisan Syurga Firdausi.
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). [Al-Baqarah: 214]
"La Tahzan Innallaha ma'ana"....Suara lembut itu masih lagi memujuk hati yang menangis teresak-esak dipangkuannya. Satu kucupan lembut singgah ke dahiku, dia genggam erat kedua-dua belah tanganku, seolah-olah mengalirkan kekuatan pada diri ini yang terlalu lemah hinggakan tidak mampu untuk berdiri lagi. "Sayang, bacalah ayat-ayat cinta Allah, pasti sayang akan beroleh ketenangan." Senyuman dibibirnya masih ku ingat hingga kini, sungguh manis dan menenangkan jiwa. Terima Kasih Ya Allah!!! Aku ingin bangkit kembali menunaikan janji padamu Ya Rahman. Ketahuilah hati ini merinduimu dan mengharapkan pertolonganMu agar hati ini terus Istiqamah di jalanmu. Terima kasih buat sahabat bayanganku, kau banyak membantu menyalurkan kekuatan. Kini, aku kembali bertatih walau tidak mampu lagi berlari di jalan yang masih lagi asing buatku ini. aku bersyukur dikurniakan kesempatan mencintaiMu.
Malam masih lagi kelam, dingin malam membawa bersama kedukaan yang tersimpan. Biarlah segala kisah silamku menjadi abu yang hanyut dibawa arus sungai yang deras. Aku sudah tidak ingin lagi melihat cebisannya. Ingin ku buka lembaran baru mencoret cerita indah dengan potret 'SUJUD DI SEJADAH PUTIH'. Bukan senang untuk berubah tapi tidak mustahil! Aku pegang kata-kata ini, Insyallah.




No comments:
Post a Comment